Saturday, February 20, 2010

Berhujung Minggu Dengan Urusan Rumah

Pagi-pagi lagi dah bersiap untuk bawa anak2 pergi klinik Pusrawi kat Felda untuk ambil suntikan. Hari ni tiga-tiga akan dapat injection sebab Kakak Nadhrah Nabilah dan Abang Haziq Hakim ada miss inject masa kecik hari tu.. Adik Arif Asyraf memang ikut schedule kali ni, tak nak miss macam abang dgn kakak dia.


Sebelum pergi Pusrawi, call dulu.. orang tengah ramai. Jadi pekena nasi lemak dengan roti boom kat Pasar Keramat..kedai favourite nasi lemak aku dari zaman bujang, bercinta, berkahwin sampai anak aku dah 3..aku ingat since tahun 1999..maknanya dah dekat 11 tahun aku jadi customer dia..dan kedai tu still macam tu jugak..sama je lagi dari segi kedai, tokey, pelayan dan rasa nasi lemak dia. Maintain aje..

Siap urusan di Pusrawi aku pergi ke showroom kondo Raintree kat Batu Caves untuk jumpa dengan Tai salesman yang deal rumah dengan aku. Dah sampai KL aku singgah situ jap nak bagitau loan aku dengan Bank Islam dah approve..alhamdulillah syukur, tapi dia still bercuti. Nanti aku call je bagitau dia. Pembinaan baru aje bermula dengan kerja2 piling.
















Kemudian aku menghala pula ke Kondominium Putra Villa sebab nak bawa anak2 pergi mandi swimming pool. Kondo ni tenant dah duduk selama setahun lebih..jadi kalau ada kelapangan aku datang sini sekali sekala untuk bawa anak2 mandi-manda. Yang ni ibarat percutian percuma sebab faciliti macam kolam renang owner boleh gunakan tapi installment dan maintenance tenant yang bayarkan kat bank.














Memang puas anak2 mandi kat swimming pool sebab tak ada orang pakai pun pool tersebut. Ada dekat 2 jam rasanya kitaorang mandi. Kakak Nabilah yang pada mulanya tak nak turun mandi.. last2 dia yang tak nak naik sebab seronok dapat berendam. Memang puas mandi sambil ambil gambar sekeluarga dengan kamera Olympus 105 SW yang water proof 3m.

















Selesai solat Zohor kat surau Putra Villa, kami singgah pulak kat Medan Selera Taman Melawati untuk menikamati Nasi Ayam Hainan. Ini pun kedai favourite kami sekeluarga kalau nak makan nasi ayam dan minum ABC. Harga memang murah dan rasanya memang sedap.. kedai ni memang sentiasa penuh dengan pelanggan.

Sudah makan, aku bergegas balik ke Bukit Jalil sebab ada appointment dengan tenant baru jam 6 petang kat Equine. Yang ni apartment tingkat 4.. beli auction. Tenant lama nak keluar sebab dia jarang2 duduk kat situ. Banyak duduk kat Seremban sebab temankan maknya yang duduk sorang2. Lagipun dia boleh bekerja dari rumah.. best gak kan kalau dapat kerja cam tu.

Tenant yang baru ni kerja kat UPM sebagai tutor & akan tinggal dengan kawannya yang kerja kat UPM gak. Dua-dua tengah sambung belajar buat master & PHD. Lega dapat tenant yang educated.. Ramai yang call berminat nak sewa, tapi aku pilih tenant yang aku rasa boleh jaga rumah dengan baik dan tak ada masalah untuk bayar sewa. Ini perkara paling penting kalau nak pilih tenant. Lebih baik rumah kosong dari dapat tenant yang bermasalah..nanti kita jugak yang pening kepala.

Selepas berpuashati dengan keadaan rumah tersebut, tenant bayar booking sebulan sewa tanda setuju. Tinggal balance sewa sebulan, utiliti 1/2 bulan dan bayaran aggreement yang akan dijelaskan pada hujung bulan ni semasa masuk rumah. Alhamdulillah syukur sebab rumah ni tak sempat kosong, terus ada pengganti baru..

Friday, January 1, 2010

Tahun Baru 2010

Selamat Datang 2010. Tahun ni ada perubahan dalam hidup aku sebab baru mula nak buat blog sendiri sebagai catatan peribadi dan juga berkongsi pengalaman. Diharapkan tak terlalu lewat untuk aku mulakan walaupun dah beberapa tahun bercita-cita nak ada blog sendiri.

Azam aku tahun ni adalah untuk menjadi lebih baik dari tahun lepas..tak kira dari segi kerja, pengajian ataupun dalam bidang hartanah..Semoga Allah merahmati usaha aku ini..amin.